01 - 04.08.2024 - LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN DI SK SERIAN, SARAWAK





1 hingga 4 Ogos 2024 - Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKI telah mengadakan lawatan penanda aras ke UNIMAS. Pada program ini, perkongsian dua hala antara Unit Sukan UNIMAS dan Jabatan PJPK IPGM Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya.

Seterusnya,para pensyarah telah menjalankan perkongsian kepakaran tentang Asas Sukan Orienteering (Pendidikan Jasmani) dan Gaya Hidup Sihat (Pendidikan Kesihatan) terhadap murid-murid SK Serian. Program yang amat bermakna ini disambut baik oleh pihak JPN,PPD dan SK Serian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada UNIMAS dan SK Serian dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada para pensyarah Jabatan PJPK.












Kongsi:

Related Posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan