2 September 2024 - Satu sesi orientasi dan beramah mesra antara Pensyarah-pensyarah JPJK, Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 dan Pelajar Baharu PISMP Ambilan Ogos 2024 telah di jalankan di Gimnasium. Sesi tersebut dijalankan bagi memperkenalkan barisan pensyarah JPJK kepada Pelajar Baharu dan menjelaskan peraturan-peraturan serta budaya pembelajaran di JPJK. Seterusnya, pelajar senior Unit W menjalankan sesi ramah mesra bersama pelajar baharu bagi memastikan kedua-dua kumpulan pelajar ini dapat bekerjasama dan saling membantu dalam sesi pembelajaran di IPGKI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan