Aluan Ketua Jabatan



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh dan Selamat Sejahtera.

Sebagai agen perubahan yang proaktif, Jabatan PJPK IPGK Ipoh berperanan untuk mengangkat bakal pendidik menjadi seorang guru yang berkualiti, berakhlak mulia, berkemahiran khususnya dalam pendidikan jasmani dan kesihatan serta berdaya saing berasaskan budaya pencapaian tinggi. Justeru, Jabatan PJPK sentiasa komited terhadap kerjaya, berprestasi cemerlang dan sanggup menerima apa juga cabaran demi merealisasikan agenda transformasi IPGM selaras dengan keperluan negara.

Hakikatnya, web rasmi JPJK membolehkan para pelanggan mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, web ini juga berupaya membina jaringan dalaman dan luaran antara JPJK dengan jabatan-jabatan lain serta institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat Jawatan Kuasa Web IPG Kampus Ipoh yang telah berjaya membina laman web sendiri.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atas sumbangan   kepakaran dan idea bagi melaksanakan aktiviti untuk dimuat naik dalam web ini. Sesungguhnya, di tangan kitalah terletaknya tanggungjawab menggerakkan kesedaran kepada pelajar dan komuniti berkaitan kepentingan kecergasan mental dan fizikal selaras tuntutan semasa.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disepadukan mampu untuk memastikan kecemerlangan.


We’ll position JPJK in its rightful place by doing the right things, for the right reasons, in the right way. That is the only way forward.

Sekian, terima kasih.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan