Tarikh : 16 dan 17 Ogos 2025 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Padang bola sepak IPG Kampus Ipoh
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK), IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Sofbol Perak dan Majlis Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Sofbol Tertutup Perak 2025 sebagai platform memperkasa pembangunan dan penglibatan atlet sofbol di peringkat negeri.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baharu, meningkatkan tahap kompetitif pasukan serta mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan badan sukan negeri. Program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek pengelolaan dan pentadbiran kejohanan sukan secara profesional dan sistematik.
Kejohanan ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi perkembangan sukan sofbol di negeri Perak serta melahirkan atlet yang berdaya saing di peringkat lebih tinggi.



.jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan