Kejohanan PSKPP Peringkat Negeri Perak 2025 telah berlangsung meriah di Taiping selaku tuan rumah. IPG Kampus Ipoh turut menghantar beberapa orang pensyarah dan staf Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan yang menyertai pelbagai acara sukan mewakili ibu pejabat (JPN).
Dalam acara Orienteering, Dr. Faizal Hakimi berjaya meraih tempat ketiga kategori Men Senior, manakala Pn. Zuridah dinobatkan sebagai Johan Women Senior. Turut serta ialah En. Mohd Foazi dan En. Adib dalam kategori Men Veteran, serta Pn. Faridah yang bertindak sebagai Pengurus Pasukan. Secara keseluruhan, pasukan orienteering berjaya menduduki tempat kelima keseluruhan.
Bagi acara Bola Sepak Veteran, En. Lim Keng Chiean membantu pasukan mencapai tempat keempat, manakala dalam acara Pickleball, En. Mohd Foazi tampil cemerlang dengan gelaran Naib Johan.
Dalam sukan Tenis, En. Meor Mohd Makhfudz bertindak sebagai pengurus pasukan dan En. Mohd Mokhtar turut menyumbang penyertaan. Sementara itu, En. Zahrol Hasrizal pula menyertai acara Bowling mewakili ibu pejabat ( JPN)



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan