KURSUS ASAS SUKAN PICKLEBALL
Anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)
📅 Tarikh: 15 Oktober 2025
📍 Tempat: Pickle Connect, Bercham
Seramai 27 orang pensyarah dan staf IPG Kampus Ipoh telah menyertai Kursus Asas Sukan Pickleball yang dijalankan dengan penuh semangat dan suasana ceria.
Pickleball merupakan sukan yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia kerana mudah dimainkan, sesuai untuk semua peringkat umur, serta menggabungkan elemen kecergasan, koordinasi dan keseronokan. Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja dapat mempelajari teknik dan strategi permainan, malah turut menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif selaras dengan aspirasi IPG Kampus Ipoh ke arah komuniti yang cergas dan produktif.
💪 Sukan untuk semua, sihat sepanjang hayat!
#IPGKIpoh #PJPK #Pickleball #GayaHidupSihat #SukanUntukSemua #AktifCergasSihat


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan