PROGRAM PERKHEMAHAN ASAS REKREASI DAN KESENGGANGAN PJMS 1134E
Pelajar Teras Pendidikan Jasmani Unit B
Bertempat di ATV MANONG, PERAK.
Dalam program ini, pelajar B10 dan B11 berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ikatan dan gajet, menjejak dan juga aktiviti abseiling.
Selain itu, pelajar B10 dan B11 turut mempersembahkan pelbagai tarian tradisional dan budaya seperti Tarian Joget, Bhangra, Sewang, Farapeirra, Ngajat dan Tarian Singa bagi memeriahkan malam kebudayaan. Sesi Show Your Talent turut diadakan selepas persembahan tarian tersebut, memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak IPGM Kampus Ipoh terutamanya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, penyelaras kursus Puan Zuridah Binti Ahmad dan pensyarah Asas Rekreasi dan Kesenggangan Dr. Faizal Hakimi Bin Samsudin serta pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani seperti Puan Faridah, Puan Nisya, Encik Foazi, Encik Adib, Encik Meor, Encik Rizal dan seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan