10.10.2025 - HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH

Hari Sukan Negara 2025 @ IPG Kampus Ipoh! 🏅

Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025, IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Karnival Permainan yang berlangsung sepanjang minggu dengan penglibatan semua pelajar, pensyarah dan staf.

Antara acara menarik yang dipertandingkan termasuk futsal, road relay, bola jaring, bola tampar, bola beracun dan pickleball 🏐🏸⚽🏃‍♂️

Majlis pelancaran HSN telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Hamidah binti Samsudin, sebagai simbolik sokongan warga kampus terhadap budaya sukan dan gaya hidup sihat.

💪 Objektif Hari Sukan Negara:

Menyemarakkan semangat kesukanan, menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.

Gambar sepanjang aktiviti HSN

#HariSukanNegara2025 #IPGKI #SukanUntukSemua #GayaHidupSihat #TeamIPGKI #HSN2025










Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini