17.11.2025 - KLINIK ASAS SUKAN ORIENTEERING SEMPENA PERKHEMAHAN PERDANA SMK BAWONG

 


⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

👥 Peserta: 350 murid

👩‍🏫 Dikelola oleh: Pn. Faridah & Pn. Zuridah, Pensyarah Jabatan PJPK, IPG Kampus Ipoh

Klinik sukan orienteering ini bertujuan memperkenalkan murid kepada asas navigasi menggunakan peta dan kompas, serta membina kemahiran membuat keputusan pantas ketika bergerak di lapangan. Sukan orienteering bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu meningkatkan ketahanan fizikal, fokus, pemikiran kritis dan keyakinan diri.

Penganjuran ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka aktiviti luar yang mencabar dan bermakna, selaras dengan usaha membentuk generasi yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.

Semoga pengalaman ini menjadi permulaan kepada minat baharu dalam dunia orienteering! 













Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini