Karnival Bola Sepak dan Bola Baling anjuran PISMP Elektif PJ Unit A berlangsung dengan penuh meriah, menyaksikan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta. Acara ini bukan sahaja menjadi medan untuk menyerlahkan bakat dalam sukan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai positif seperti disiplin, hormat-menghormati dan semangat juang yang tidak mudah mengalah. karnival telah dijalankan di Padang Hoki, IPGKI bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
28.02.2025 - Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2025
19.02.2025 - MESYUARAT JABATAN BIL 1 / 2025 & TAKLIMAT PENATARAN PRAKTIKUM SEM JAN - MEI
19 Februari 2025 - Mesyuarat Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil 1/2025 telah dijalankan di Bilik Kuliah, JPJK jam 10.00 pagi dihadiri oleh semua pensyarah JPJK. Taklimat Penataran Praktikum bagi Semester Januari - Mei 2025 juga telah dijalankan bagi memastikan semua Pensyarah yang menyelia pelajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mendapat maklumat yang tepat dan diselaraskan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Amalan Profesional.


14.02.2025 - MESYUARAT MAJLIS SUKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH BIL. 1/2025
Mesyuarat Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) kampus Ipoh telah diadakan bagi membincangkan persediaan dan pengurusan kontingen IPGK Ipoh terutamanya bagi temasya KAGUM Tahun 2025 yang bakal dijalankan di IPGK Ilmu Khas. Mesyuarat menumpukan kepada pelaksanaan strategi latihan atlet, penyelarasan jadual kejohanan, keperluan logistik, serta penambahbaikan aspek keselamatan dan kebajikan peserta. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan termasuk pemerkasaan peranan jawatankuasa kerja dan pemantapan komunikasi antara IPG. Mesyuarat ini merupakan langkah awal ke arah penganjuran temasya yang lebih teratur, berprestij dan selari dengan objektif pembangunan sukan peringkat IPG.