• ;

26 & 27.07.2024 - LENGGONG INTERNATIONAL KAYAK ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024 EP 2.0

 



26 hingga 27 Julai 2024 - Seramai 12 orang atlet orienteering IPGM Kampus Ipoh yang terdiri daripada siswa guru major Pendidikan Jasmani dan 2 orang pensyarah daripada Jabatan PJPK iaitu Puan Zuridah Ahmad dan Encik Adib Jusoh akan berentap di pentas antarabangsa bertempat di Tasik Raban, Lenggong, Perak.Alhamdulillah, IPGM Kampus Ipoh yang diwakili pelajar major Pendidikan Jasmani telah melakar kejayaan di atas penyertaan kali pertama.

Kategori Mixed IPT
🥈 Wan Muhammad Syahmi/Nur Arfa Haziqah
🏅Ke4 Muhammad Aiman / Nurain Zulaikha
Thinking smart! Keep paddling!





Kongsi:

15.07.2024 - PROGRAM WHITE WATER RAFTING ANJURAN PISMP AMBILAN JUN 2023

 


15 Julai 2024 - Seramai 54 orang siswa guru pengkhususan TESL ambilan Jun 2023 serta pensyarah Jabatan PJPK telah menyertai Program White Water Rafting @ Gopeng Whitewater Rafting,Perak. Program ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan kursus PSRE1122 (Sukan dan Rekreasi). Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan kenangan bermakna buat semua.



Kongsi:

24 - 27.06.2024 - UJIAN KECERGASAN FIZIKAL CALON GURU IPGM TAHUN 2024



24 - 27 Jun 2024 -  Kesemua Pensyarah JPJK telah menjalankan tugas sebagai Penilai bagi Ujian Kecergasan Fizikal Calon Guru IPGM bagi Tahun 2024. 



Kongsi:

04.06.2024 - TAKLIMAT PEMBUGARAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


4 Jun 2024 -  Satu Taklimat Pembugaran Pentaksiran Berterusan telah dijalankan kepada semua pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertempat di Bilik Kuliah 2, JPJK. Penceramah jemputan merupakan salah seorang Penilai Dalaman IPGKI iaitu Pn Saidatul Nadiah. Kesemua pensyarah akademik JPJK telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan sesi taklimat tersebut. Tahniah diucapkan.


Kongsi:

17 - 19.05.2024 - KURSUS PENSIJILAN SUKAN ORIENTEERING 0.1

 

17 hingga 19 Mei 2024 - Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKI telah menganjurkan Kursus Pensijilan Sukan Orienteering 0.1 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Penganjuran ini juga adalah hasil kerjasama dengan Majlis Sukan IPGMKI, dengan kerjasama Kelab Orienteering IPGMKI dan Persatuan Sukan Orienteering Negeri Perak (PESOP). Kursus ini telah melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPGM dan guru-guru sekolah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah membantu dan menjayakan kursus ini.
Semoga hasrat untuk memperkenalkan dan memperkembangkan sukan orienteering menjadi kenyataan.






Kongsi:

05.05.2024 - PANTHER ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024




5 Mei 2024 - Telah berlangsung Panther Orienteering Championship 2024 bertempat di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar anjuran Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Perak dan Persatuan Sukan Orienteering Negeri Perak.

Pencapaian cemerlang telah berjaya dipamerkan oleh IPGMKI Orienteers dengan mendominasi kedudukan podium yang diwakili oleh seramai 5 orang atlet orienteering IPGMKI. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet atas pencapaian cemerlang yang diperolehi dalam kejohanan kali ini.

Diharapkan momentum ini dapat dikekalkan dan dijadikan penyuntik semangat kepada para atlet untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.
“Keep Up the Great Work”
Result update
Kategori Men
Wan Muhammad Syahmin - Champion 🥇
Muhammad Amin - 2nd placing 🥈
Muhammad Ferdaus - 3rd placing 🥉
Kategori Women
Ain Zulaikha - 2nd placing 🥈
Kongsi:

LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2024


Video aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan IPGM Kampus Ipoh sepanjang Bulan April 2024.

Kongsi:

Berita Terkini