• ;

29.4.2025 - KULIAH SANTAI @ KURSUS ASAS REKREASI DAN KESENGGANGAN





Kelas Terakhir untuk kursus Asas Rekreasi dan Kesenggangan

Aktiviti mendaki gunung diadakan pada kelas terakhir pelajar B10 dan B11 untuk kursus Asas Rekreasi dan Kesenggangan. Suasana di Gunung Bangkong yang nyaman dan penuh kehijauan memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada semua pelaja

Kongsi:

19.04.2025 - IPGKI Netball Jaguars @ Project Next Gen, Tapah

 



IPGKI Netball Jaguars 

Nama Program : Project Next Gen @ Tapah 
Tarikh : 19 April 2025
Tempat : KBS TAPAH ROAD
Keputusan : Tempat Ke-4

Pasukan IPGKI Netball Jaguars telah beraksi dengan cemerlang dalam pertandingan bola jaring anjuran Project Next Gen di Tapah. Penyertaan ini merupakan medan persediaan terbaik buat pasukan bagi menghadapi cabaran di Kejohanan MSIPGM yang bakal tiba, selain mengasah kemahiran, membina kekuatan mental, dan memperkukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain.




Kongsi:

16 - 18.04.2025 - PERKHEMAHAN ASAS REKREASI DAN KESENGGANGAN PJMS 1134 PPISMP AMBILAN OGOS 2024 (UNIT B)

 










PROGRAM PERKHEMAHAN ASAS REKREASI DAN KESENGGANGAN PJMS 1134E

Pelajar Teras Pendidikan Jasmani Unit B

Bertempat di ATV MANONG, PERAK.

Dalam program ini, pelajar B10 dan B11 berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ikatan dan gajet, menjejak dan juga aktiviti abseiling. 

Selain itu, pelajar B10 dan B11 turut mempersembahkan pelbagai tarian tradisional dan budaya seperti Tarian Joget, Bhangra, Sewang, Farapeirra, Ngajat dan Tarian Singa bagi memeriahkan malam kebudayaan. Sesi Show Your Talent turut diadakan selepas persembahan tarian tersebut, memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak IPGM Kampus Ipoh terutamanya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, penyelaras kursus Puan Zuridah Binti Ahmad dan pensyarah Asas Rekreasi dan Kesenggangan Dr. Faizal Hakimi Bin Samsudin serta pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani seperti Puan Faridah, Puan Nisya, Encik Foazi, Encik Adib, Encik Meor, Encik Rizal dan seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.



Kongsi:

12.04.2025 - Karnival Permainan (Bola Sepak & Bola Baling)

Karnival Bola Sepak dan Bola Baling anjuran PISMP Elektif PJ Unit A berlangsung dengan penuh meriah, menyaksikan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta. Acara ini bukan sahaja menjadi medan untuk menyerlahkan bakat dalam sukan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai positif seperti disiplin, hormat-menghormati dan semangat juang yang tidak mudah mengalah. karnival telah dijalankan di Padang Hoki, IPGKI bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.








Kongsi:

28.02.2025 - Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2025


Seramai 2 orang Pensyarah Akademik JPJK iaitu En Adib Bin Jusoh dan En Faizal Izwan Bin Tajuddin bersama seorang pelajar praktikal dan dua orng guru pelatih PJ menyumbangkan kepakaran dalam melaksanakan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi ke Luar Negara dibawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi Tahun 2025. Tahniah diucapakan. 



 


Kongsi:

19.02.2025 - MESYUARAT JABATAN BIL 1 / 2025 & TAKLIMAT PENATARAN PRAKTIKUM SEM JAN - MEI


19 Februari 2025 - Mesyuarat Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil 1/2025 telah dijalankan di Bilik Kuliah, JPJK jam 10.00 pagi dihadiri oleh semua pensyarah JPJK. Taklimat Penataran Praktikum bagi Semester Januari - Mei 2025 juga telah dijalankan bagi memastikan semua Pensyarah yang menyelia pelajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mendapat maklumat yang tepat dan diselaraskan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Amalan Profesional.




 

Kongsi:

14.02.2025 - MESYUARAT MAJLIS SUKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH BIL. 1/2025








Mesyuarat Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) kampus Ipoh telah diadakan bagi membincangkan persediaan dan pengurusan kontingen IPGK Ipoh terutamanya bagi temasya KAGUM Tahun 2025 yang bakal dijalankan di IPGK Ilmu Khas. Mesyuarat menumpukan kepada pelaksanaan strategi latihan atlet, penyelarasan jadual kejohanan, keperluan logistik, serta penambahbaikan aspek keselamatan dan kebajikan peserta. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan termasuk pemerkasaan peranan jawatankuasa kerja dan pemantapan komunikasi antara IPG. Mesyuarat ini merupakan langkah awal ke arah penganjuran temasya yang lebih teratur, berprestij dan selari dengan objektif pembangunan sukan peringkat IPG.


Kongsi:

Berita Terkini