4 hingga 6 Oktober 2024 - Bertempat di POLISAS Kuantan, Pahang, Kejohanan kali ini melibatkan beberapa buah negara iaitu Perancis,Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan,Jepun dan Malaysia. IPGM Kampus Ipoh telah menghantar 7 orang atlet orienteering pada kejohanan kali ini yang terdiri dari Unit W, Y dan B.
04 - 06.10.2024 - WORLD RANKING EVENT MALAYSIAN POLYCC INTERNATIONAL ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024
08.09.2024 - PERTANDINGAN ORIENTEERING KAMU PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
8 September 2024 - Atlet Orienteering IPGM Kampus Ipoh telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Kesemua atlet yang terlibat telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dan berada di kelompok 10 terbaik
31.08.2024 HINGGA 01.09.2024 - KEJOHANAN WORLD RANKING EVENT INDONESIA OPEN ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024
31 Ogos hingga 1 September 2024 - IPGM Kampus Ipoh telah menghantar 2 org atlet iaitu Muhammad Amin dan Emad Hariri dari unit W untuk menyertai kejohanan tersebut yang bertempat di Tangerang, Jakarta, Indonesia.
02.09.2024 - SESI ORIENTASI JPJK BERSAMA PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN OGOS 2024
2 September 2024 - Satu sesi orientasi dan beramah mesra antara Pensyarah-pensyarah JPJK, Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 dan Pelajar Baharu PISMP Ambilan Ogos 2024 telah di jalankan di Gimnasium. Sesi tersebut dijalankan bagi memperkenalkan barisan pensyarah JPJK kepada Pelajar Baharu dan menjelaskan peraturan-peraturan serta budaya pembelajaran di JPJK. Seterusnya, pelajar senior Unit W menjalankan sesi ramah mesra bersama pelajar baharu bagi memastikan kedua-dua kumpulan pelajar ini dapat bekerjasama dan saling membantu dalam sesi pembelajaran di IPGKI.
01 - 04.08.2024 - LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN DI SK SERIAN, SARAWAK
1 hingga 4 Ogos 2024 - Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKI telah mengadakan lawatan penanda aras ke UNIMAS. Pada program ini, perkongsian dua hala antara Unit Sukan UNIMAS dan Jabatan PJPK IPGM Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya.
Seterusnya,para pensyarah telah menjalankan perkongsian kepakaran tentang Asas Sukan Orienteering (Pendidikan Jasmani) dan Gaya Hidup Sihat (Pendidikan Kesihatan) terhadap murid-murid SK Serian. Program yang amat bermakna ini disambut baik oleh pihak JPN,PPD dan SK Serian.
26 & 27.07.2024 - LENGGONG INTERNATIONAL KAYAK ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024 EP 2.0
26 hingga 27 Julai 2024 - Seramai 12 orang atlet orienteering IPGM Kampus Ipoh yang terdiri daripada siswa guru major Pendidikan Jasmani dan 2 orang pensyarah daripada Jabatan PJPK iaitu Puan Zuridah Ahmad dan Encik Adib Jusoh akan berentap di pentas antarabangsa bertempat di Tasik Raban, Lenggong, Perak.Alhamdulillah, IPGM Kampus Ipoh yang diwakili pelajar major Pendidikan Jasmani telah melakar kejayaan di atas penyertaan kali pertama.




































.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)



.jpeg)







