• ;

8-9.10.2024 - 2nd JUNIOR DEVELOPMENT SPORTS CARNIVAL 2024




40 orang guru pelatih Elektif Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru telah menyumbang tenaga sebagai sukarelawan dalam karnival tersebut. Penglibatan ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman dalam pengurusan acara sukan serta memupuk semangat kesukarelawanan dan kepimpinan. Mereka terlibat secara aktif dalam pelbagai tugasan termasuk penyelaras acara, urus setia pendaftaran, serta membantu kelancaran perjalanan kejohanan. Penyertaan ini turut mencerminkan komitmen IPG dalam melahirkan pendidik yang holistik dan serba boleh.
Kongsi:

04 - 06.10.2024 - WORLD RANKING EVENT MALAYSIAN POLYCC INTERNATIONAL ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024



4 hingga 6 Oktober 2024 - Bertempat di POLISAS Kuantan, Pahang, Kejohanan kali ini melibatkan beberapa buah negara iaitu Perancis,Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan,Jepun dan Malaysia. IPGM Kampus Ipoh telah menghantar 7 orang atlet orienteering pada kejohanan kali ini yang terdiri dari Unit W, Y dan B.

Pencapaian pada kejohanan kali ini amat membanggakan dan diharapkan akan terus cemerlang pada tahun yg mendatang.

Result Updated Atlet IPGMKI
_1st day 5/10/24
Sprint Orienteering_
Men IPT
Ferdaus - Champion
Adib Irfan - Rank 7
Aslam - Rank 14
Ezzat Fareez - Rank 18
Amin - Rank 27
Women IPT
Nurain - Champion
Dhana - Rank 6
Women 31
Pn Zu - Rank 3
_2nd day 6/10/24
Middle distance_
Men 21
Amin - Champion
Adib Irfan - Rank 8
Ferdaus - Rank 9
Aslam - Rank 11
Ezzat Fareez - Rank 15
Women 21
Nurain - Rank 3
Dhana - Rank 22
Women 31
Pn Zuridah - Champion












Kongsi:

08.09.2024 - PERTANDINGAN ORIENTEERING KAMU PERINGKAT NEGERI PERAK 2024

8 September 2024 - Atlet Orienteering IPGM Kampus Ipoh telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Kesemua atlet yang terlibat telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dan berada di kelompok 10 terbaik

🔥👏
Tahniah diucapkan!!!!

 






Kongsi:

31.08.2024 HINGGA 01.09.2024 - KEJOHANAN WORLD RANKING EVENT INDONESIA OPEN ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2024

31 Ogos hingga 1 September 2024 - IPGM Kampus Ipoh telah menghantar 2 org atlet iaitu Muhammad Amin dan Emad Hariri dari unit W untuk menyertai kejohanan tersebut yang bertempat di Tangerang, Jakarta, Indonesia.

Result Men Elite 21:
Muhammad Amin - Rank 18/ 40
Emad Hariri - Rank 12/40
Kejohanan ini telah disertai oleh 6 buah negara : Indonesia,Malaysia,Jepun, Singapura, HongKong dan Taiwan.
Terima kasih kpd yang menyokong secara langsung dan tidak langsung.





Kongsi:

02.09.2024 - SESI ORIENTASI JPJK BERSAMA PELAJAR BAHARU PISMP AMBILAN OGOS 2024

 

2 September 2024 - Satu sesi orientasi dan beramah mesra antara Pensyarah-pensyarah JPJK, Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 dan Pelajar Baharu PISMP Ambilan Ogos 2024 telah di jalankan di Gimnasium. Sesi tersebut dijalankan bagi memperkenalkan barisan pensyarah JPJK kepada Pelajar Baharu dan menjelaskan peraturan-peraturan serta budaya pembelajaran di JPJK. Seterusnya, pelajar senior Unit W menjalankan sesi ramah mesra bersama pelajar baharu bagi memastikan kedua-dua kumpulan pelajar ini dapat bekerjasama dan saling membantu dalam sesi pembelajaran di IPGKI.



Kongsi:

01 - 04.08.2024 - LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK DAN PERKONGSIAN KEPAKARAN DI SK SERIAN, SARAWAK





1 hingga 4 Ogos 2024 - Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKI telah mengadakan lawatan penanda aras ke UNIMAS. Pada program ini, perkongsian dua hala antara Unit Sukan UNIMAS dan Jabatan PJPK IPGM Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya.

Seterusnya,para pensyarah telah menjalankan perkongsian kepakaran tentang Asas Sukan Orienteering (Pendidikan Jasmani) dan Gaya Hidup Sihat (Pendidikan Kesihatan) terhadap murid-murid SK Serian. Program yang amat bermakna ini disambut baik oleh pihak JPN,PPD dan SK Serian.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada UNIMAS dan SK Serian dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada para pensyarah Jabatan PJPK.












Kongsi:

Berita Terkini